BASIKAL IMBANG BUKAN BASIKAL LAJAK

Mengikut peredaran zaman yang kian laju dipacu masa, begitulah juga dengan trend basikal anak-anak yang kini bermacam jenis reka bentuknya. Seperti basikal dewasa, basikal anak-anak juga mudah di dapati pasaran. Namun persoalan yang ibubapa perlu ambil tahu, adakah basikal anak anda selamat digunakan?

kebanyakan kes kemalangan yang berlaku adalah melibatkan basikal yang telah di modifikasi tanpa mempedulikan ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya.  Trend baharu yang menjadi kegilaan remaja, seronok bila bermain dan berlumba, namun keselamatan dalam sesebuah sukan mahupun ketika riadah perlu diutamanakan.

Ada netizen yang berpendapat basikal lajak samalah seperti basikal imbang, mungkin kerana saiz keduanya kecil lalu disama ratakan antara kedua jenis basikal tersebut.



APAKAH PERBEZAAN BASIKAL IMBANG DAN BASIKAL LAJAK?





  • Ciri-Ciri Keselamatan Pada Basikal


Basikal imbang diperbuat dari material berkualiti tinggi yang tahan karat dan tahan lasak serta permukaannya yang licin dapat mengelakkan kecederaan kepada penunggang.  Terdapat juga kelengkapan lain seperti topi keselamatan, ‘safety pad’ bagi mengelakkan kecederaan. Bahkan ia juga dilengkapi dengan tempat duduk boleh laras sesuai mengikut ketinggian penunggang.

Basikal lajak, dimodifikasi sendiri oleh anak-anak. Biasanya mereka membawa basikal ke kedai lebur besi dan meminta rekaan mengikut kreativiti sendiri. Ada yang lagi advance, menukar sport rim dan tayar tanpa mempedulikan kesesuain yang sepatutnya. Tidak dilengkapi dengan eksesori keselamatan.









  •   Basikal Tanpa Break


Perlu difahamkan, basikal imbang tidak membunyai pedal untuk dikayuh, anak-anak akan menolak dengan kaki. Sebab itu mereka bijak untuk mengawal keseimbangan, saat untuk membelok, bila untuk berhenti dan ketika menggerakkan basikal. Biarpun tanpa brek dan pedal pengayuh, kelajuannya berpandu pada tolakan kaki penunggang, malah saiznya yang kecil dan ringan membuatkan ia mudah dikawal.

Berbanding basikal lajak, selain telah di modifikasi untuk nampak lebih hype, serta lebih rendah dan ringan untuk pecutan maksima, ia juga memudahkan penunggang untuk berkasi seperti lagak superman jalanan. Kebanyakan basikal lajak telah diubah suai dengan membuang brek bertujuan untuk menikmati luncuran saat menuruni bukit, jadi bagaimana dengan kayuhan yang laju kemudian pula menuruni jalan yang curam?




  



  •           Perlumbaan Yang Menguntungkan Atau Merbahaya Pada Diri


Banyak tournament untuk sukan basikal imbang di peringkat antarabangsa yang dianjurkan bagi meningkatkan semangat kesukanan dalam diri anak-anak. Berlumba cara sihat dalam satu litar yang selamat dapat mewujudkan daya saing yang lebih harmoni malah menguntungkan apabila anak-anak dapat merasai suasana yang supportive dari ibu bapa dan rakan-rakan.

Sebaliknya bagi lumba lajak, makin menjadi-jadi keghairahan anak remaja berlumba secara haram di jalan raya  terutama di lereng berbukit dengan basikal yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan. Masih segar lagi peristiwa ngeri pada 18 Februari 2017. Lapan remaja menunggang basikal maut manakala dua lagi cedera parah, dirempuh sebuah kereta pada waktu tengah malam. Kejadian ini berlaku di Johor Bahru.




  




  •   Kestabilan Struktur Dan Reka Bentuk Basikal


Basikal imbang didatangkan dengan struktur tayar yang lebar. Ini memberikan cengkaman yang lebih serta kurang risiko untuk jatuh meskipun berada dikawasan berpasir, berbukit, berumput atau jalan yang licin. Maka anak-anak bebas bergerak ke kawasan mana sekalipun kerana rekaan basikal imbang yang kukuh dan tahan lasak.

Basikal lajak telah dijadikan eksperimen ubah suai oleh anak-anak yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengubahsuaian basikal dilakukan sesuka hati, lazimnya membabitkan handle bar dan bingkai basikal serta membuang break break atas faktor ingin menjadikan basikal lebih ringan. Ada juga yang menukar rim dan tayar basikal untuk kelihatan lebih ‘cool’ di mata rakan-rakan.








  •  Meningkatkan Kemahiran, Mengasah Daya Berfikir Dan Mengimbang


Sukan berbasikal bukan hanya semata untuk beriadah tetapi juga untuk meningkatkan kekuatan stamina, otot kaki, dan daya berfikir. Anak-anak yang dah terbiasa dengan basikal imbang akan lebih cenderung mempunyai kecekapan dan kepantasan dalam membuat keputusan. Ini kerana, basikal imbang menggunakan kekuatan otot kaki untuk menolak basikal dan mengangkat kaki setelah meluncur. Begitu juga ketika hendak membelok dan berhenti, juga menggunakan otot kaki dan fikiran yang tangkas.

Apa yang pasti mana-mana aktiviti berbasikal pun, pasti memberikan manfaat jika ia di ketengahkan dengan baik. Seperti basikal lajak, asalnya basikal itu dah sempurna tetapi diubah suai mengikut trend dan citarasa individu. Anak-anak rakus menunggang basikal di jalan raya di tengah malam tanpa memikirkan risiko bahaya kerana teruja mengikut rakan-rakan. Meluncur laju terutama di jalan raya berbukit tanpa brek sangat merisikokan nyawa penunggang.












  •    Ops Basikal Lajak Dan Komuniti Basikal Imbang


Oleh kerana aktiviti berbasikal lajak membahayakan diri sendiri dan orang awam, tindakan telah dijalankan oleh anggota Penguatkuasaan Trafik dan sukarelawan polis. Berpandukan kes-kes yang telah meragut nyawa penunggang basikal lajak dalam beberapa tahun ini, basikal lajak boleh disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mengikut spesifikasi diluluskan JPJ di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Berbanding sukan basikal imbang yang mempunyai sokongan yang begitu aktif dari para ibubapa dan komuniti  menjadikan sukan tersebut mendapat tempat di hati masyarakat tempatan dan luar negara. Banyak impak yang diperolehi dari event-event yang dianjurkan oleh kominiti basikal imbang seperti memupuk semangat kekeluargaan dan mecipta suasana yang positif apabila ibubapa memberi sokongan padu pada anak-anak.


Jadi terjawaplah sudah bagaimana dengan berbasikal ini dapat memberi pengaruh positif pada diri anak-anak, bahkan negatif juga jika ibubapa culas dalam memberi perhatian. Peredaran zaman membawa banyak kemajuan, namun masih tak terlepas dari banyak keburukan kepada anak-anak remaja.


  

Comments